Depo Imigresen Semenyih

Depo Imigresen Semenyih atau Pusat Tahanan Imigresen (PATI) Semenyihterletak berhampiran dengan Taman Bunga Raya dan Taman Desa Kenanga dan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain , Semenyih, Selangor.Majlis Menandatangani Penyerahan Depot Semenyih dari Jabatan Penjara Malaysia kepada Jabatan Imigresen Malaysia telah diadakan pada 15 Januari 2008 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Yusof Abu Bakar menandatangani dokumen penyerahan Depot Semenyih manakala Jabatan Penjara diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood.Hal ehwal penjagaan kebajikan dan keselamatan depot ditugaskan sementara kepada Ikatan Relawan Malaysia (Rela).Mereka menjalani latihan asas dan akan bertugas sepenuh masa. Anggota Rela akan bertugas menjaga depot terbabit dalam tempoh kira-kira setahun sebelum 1,100 petugas baru dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan mereka.[1]

Berkaitan